05 Mac 2011

iPhone termahal RM24.6 juta


SEPASANG iPhone 4 Edisi Ros Berlian.


LIVERPOOL - Sepasang telefon bimbit pintar iPhone Edisi Ros Berlian dipercayai merupakan iPhone termahal di dunia.
Sebuah akhbar melaporkan kelmarin bahawa kedua-dua iPhone 4 32GB berkenaan dihasilkan oleh seorang pembekal di Liverpool, Stuart Hughes.
Koleksi itu ditempah oleh seorang warga Australia pada harga mencecah AS$8 juta (RM24.6 juta).
Setiap telefon berkenaan ditatah dengan 500 butir berlian berjumlah 100 karat.
Badannya pula disaluti emas dan platinum manakala bingkainya diperbuat daripada granit.

sumber : kosmo online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan