12 Februari 2011

2011 TAHUN ARNAB


CERITA TAHUN ARNAB 2011 :
Tahun 2011 kali ini adalah tahun Arnab. Dalam halaman kali ini mari lah kita bersama-sama mengenali apa di sebalik cerita yang ada pada tahun arnab ini. Mungkin anda sebagai pembaca seorang insan yang telah di lahirkan pada tahun arnab seperti tahun ini. Apakah keistimewaan Haiwan Bernama Arnab..? mari kita kenali nya bersama-sama.

TAHUN ARNAB
Tahun arnab dipercayai oleh masyarakat cina sebagai tahun untuk diplomasi dan pemujukan. Tahun yang baik bagi untuk perniagaan, pengeluaran juga merupakan tahun yang baik bagi perniagaan berkaitan perubatan tradisional dan jamu. Akan tetapi masyarakat cina percaya mereka perlu berhati-hati dan jangan terlalu menurut kehendak dan kelengahan

KEPERIBADIAN ARNAB
Arnab merupakan zodiak yang mempunyai ciri paling gembira, berbakat, senang di dampingi, rendah hati (tidak sombong), tidak mudah ditipu, bercita-cita tinggi tetapi tidak terlalu melampau dan sentiasa beruntung dalam perkara yang dilakukan. Tiada sesiapa pun yang mengabaikan arnab kerana mereka merupakan teman yang baik dan tahu cara untuk menghargai diri sendiri. Arnab juga bersifat sosial, sifat marah yang terkawal, berbudi bahasa, licik, tenang dan sensitif kepada yang lain.

KEPERIBADIAN MEREKA YANG LAHIR PADA TAHUN ARNAB
LELAKI: Tidak ketara, bijaksana, mendengar kata, bersopan santun dan beradab, diplomatik dan jarang berkonfrontasi
PEREMPUAN: Bijaksana, bertimbang rasa, baik, sensitif, dan suka menyukakan hati orang.
Tahun ini adalah tahun yang bertenaga bagi mereka yang dilahirkan tahun arnab, oleh itu fokus dalam perancangan anda untuk masa depan anda. Bagaimanapun, oleh kerana akan terdapat banyak kuasa api di sekeliling, berhati-hati pada risiko kerosakan kesihatan emosional atau fizikal. (breakdown) Pulihkan semula diri anda dengan lebih banyak kuasa air lebih-lebih lagi di arah Timur. Bahagian Timur Selatan atau Barat Selatan di rumah atau bilik tamu anda akan bermanfaat dari barangan air juga. Pastikan yang barangan air itu diletakkan pada sebelah kiri pintu utama apabila anda memandang ke luar dari dalam rumah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan